Garis Panduan Penghantaran
KOMPONEN PENGHANTARAN
Peserta dikehendaki bersedia dengan keperluan di bawah dan memuat naik pada pautan pendaftaran tersebut:
- Abstrak
- Abstrak mestilah ditulis di dalam satu perenggan sahaja dan terdiri daripada 250-400 patah perkataan.
- Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Inggeris. Ia mestilah bebas daripada kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.
- Abstrak mengandungi Latar Belakang, Pernyataan Masalah, Objektif, Metodologi, Kebaharuan, Faedah kepada Masyarakat dan sebagainya.
- Namakan semula Abstrak anda menggunakan format: IIICe2024 (ID Projek) - Tajuk Projek. Contohnya, IIICe2024 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar
- Templat abstrak boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
Templat Abstract
- Abstrak Lanjutan
Pilihan sekiranya berminat untuk penerbitan dalam e-prosiding berserta nombor e-ISBN.
Penerbitan Abstrak Lanjutan dalam e-Proceedings adalah dalam Bahasa Inggeris dan terhad kepada 30 penerbitan terbaik yang akan dipilih oleh Sekretariat IIICe2024. Abstrak Lanjutan juga akan dipaparkan secara atas talian melalui laman web IIICe2024.
- IIICe2024 akan menerbitkan Extended Abstract dalam e-prosiding dengan nombor e-ISBN. Peserta diberi pilihan untuk menyerahkan Abstrak Lanjutan 5-10 muka surat yang menerangkan hasil kerja mereka. Artikel yang lengkap mesti memenuhi keperluan templat di bawah dan mengandungi Abstrak, Pengenalan, Metodologi, Keputusan & Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan dan Rujukan. Rajah atau jadual mestilah tidak melebihi 50% daripada keseluruhan kandungan. Artikel yang dihantar akan disemak oleh dua penyemak. Hanya artikel terpilih akan diterbitkan dalam e-Proceeding. Para peserta amat digalakkan untuk membaca pruf Abstrak Lanjutan sebelum penyerahan.
- Namakan semula Abstrak Lanjutan anda menggunakan format: IIICe2024 (ID Projek) - Tajuk Projek. Contohnya, IIICe2024 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar
- Templat boleh dimuat turun dari pautan di bawah:
Templat Extended Abstract
- Poster
- Kandungan: Latar Belakang, Pernyataan masalah, Objektif, Metodologi, Penemuan dan Sumbangan kepada Masyarakat.
- Saiz poster: A1 (841mm × 594mm); Orientasi: Potret; Format: *.pdf; Saiz fail maksimum: 4 MB
- Templat ini disediakan untuk poster Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa (IIICe2024). Peserta digalakkan untuk mengubah suai atau menambahbaik bagi memastikan penyampaian projek yang lebih efektif. Templat boleh dimuat turun dari pautan di bawah:
Templat Poster - Setiap kumpulan perlu mencetak poster/banting dan membawanya ke dewan pameran pada 5 Ogos 2024. Cetakan poster untuk kategori Profesional, manakala cetakan banting untuk kategori bukan profesional. Di bawah adalah contoh cetakan poster dan banting.
- Dokumen sokongan (jika ada dan perlu) seperti Hak Cipta, Paten, IP, Pengkomersilan, Surat Niat atau Artikel Akademik.
- Bukti Pembayaran Yuran Penyertaan
- Muat naik Bukti Pembayaran dan namakan semula resit menggunakan format: IIICe2024 (ID Projek) - Tajuk Projek. Contohnya: IIICe2024 (M001) – Sistem Pemantauan Trafik Pintar
- Last updated on .
- Hits: 7323