Skip to main content

PENGENALAN

National Innovation and Invention Competition (NIICe) atau Pertandingan Reka Cipta & Inovasi Kebangsaan merupakan satu pertandingan inovasi penyelidikan peringkat kebangsaan yang dianjurkan secara dwitahunan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). NIICe yang pertama (NIICe2019) telah dianjurkan pada 14 November 2019 dan telah berjaya menarik sebanyak 247 penyertaan dari sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.  NIICe edisi kedua (NIICe2022) telah dianjurkan secara atas talian pada 22 Ogos 2022. Seramai 530 kumpulan peserta telah menyertai pertandingan inovasi ini. Berdasarkan kejayaan penganjuran pertandingan NIICe sebelum ini yang telah dijalankan di peringkat kebangsaan dan sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan maklum balas peserta, UTHM akan diteruskan setiap dwi-tahunan dan meluaskan penyertaan ke peringkat antarabangsa. Kami menamakannya sebagai International Innovation and Invention Competition (IIICe) yang akan dijalankan pada 5 Ogos 2024 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Objektif penganjuran IIICe2024 adalah untuk;

    1. Menggalakkan aktiviti inovasi di kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, politeknik, kolej komuniti, matrikulasi, mahasiswa universiti, staf akademik dan kumpulan profesional.
    2. Melahirkan para pelajar yang kreatif, berdaya saing dan berinovasi.
    3. Membina jaringan perhubungan di kalangan perekacipta dari dalam dan luar UTHM.
    4. Mempromosikan UTHM sebagai satu pusat pengembangan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Renaissance of innovation: Pioneering sustainable frontier”

Sub tema merangkumi:

  1. Agrikultur/Pertanian, alam Sekitar dan tenaga boleh diperbaharui
  2. Automotif, pengangkutan dan reka bentuk perindustrian
  3. Bioteknologi, kesihatan, dan bahan kimia
  4. Building, Construction and Materials
  5. ICT, Multimedia dan Telekomunikasi, Elektrikal dan Elektronik
  6. Proses Pembuatan, Mesin dan Peralatan
  7. Inovasi Pandemik
  8. Pendidikan
PENGENALAN

Poster IIICE

Syarat Penyertaan

Panduan Penghantaran

Yuran

Pendaftaran

Tarikh Penting

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:-

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
https://iiice.uthm.edu.my/
https://www.facebook.com/iiice.uthm/ 
https://www.instagram.com/iiice.uthm/

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
MALAYSIA

http://fkee.uthm.edu.my/
https://www.facebook.com/fkeeatuthm/

NIICE Terdahulu