Skip to main content

Syarat Penyertaan

INTERNATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2024 (IIICe2024)
Renaissance of Innovation: Pioneering Sustainable Frontier

1. SYARAT PENYERTAAN

1.1     Pertandingan ini terbuka kepada penyertaan dari dalam dan luar Malaysia mengikut kategori seperti yang dinyatakan di bawah.

2. KATEGORI PENYERTAAN

2.1     Sekolah Rendah (Malaysia)
2.2     Sekolah Menengah (Malaysia)
2.3     Sijil/Diploma (Malaysia)
2.4     Prasiswazah/Pascasiswazah (Malaysia)
2.5     Staf/Profesional (Malaysia)
2.6     Prasiswazah / Pascasiswazah (Antarabangsa)
2.7     Staf / Profesional (Antarabangsa)

3. JENIS PENYERTAAN

3.1     Berkumpulan (tidak lebih dari 7 orang termasuk Ketua Kumpulan)

4. SUB-TEMA PERTANDINGAN

4.1     Agriculture, Environmental and Renewable Energy
4.2     Automotive, Transportation and Industrial Design
4.3     Biotechnology, Health and Chemicals
4.4     Building, Construction and Materials
4.5     ICT, Multimedia and Telecommunications, Electrical and Electronics
4.6     Manufacturing Process, Machines and Equipment
4.7     Pandemic Innovation
4.8     Education

5. YURAN

5.1     Setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan seperti di bawah:

Kategori 

Yuran Penyertaan (RM)

Sekolah Rendah

150

Sekolah Menengah

150

Sijil / Diploma

200

Prasiswazah / Pascasiswazah
(Pelajar UTHM sahaja)

200

Prasiswazah / Pascasiswazah
(Bukan pelajar UTHM)

        250

Staf / Profesional

400

Prasiswazah / Pascasiswazah
(Pelajar Antarabangsa)

        USD 100

Staf / Profesional
(Antarabangsa)

       USD 150

5.2     Pembayaran perlu dibuat selepas pihak penganjur menghantar emel notis penerimaan penyertaan kepada peserta.
5.3     Yuran penyertaan akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri selepas pembayaran sehingga 2 minggu sebelum tarikh pertandingan inovasi pada 5 Ogos 2024. Selepas tempoh itu, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.  

6. KAEDAH PERLAKSANAAN PAMERAN INOVASI

6.1     Setiap kumpulan perlu menghantar abstrak dan abstrak lanjutan (pilihan).
6.2     Setiap kumpulan juga perlu menyediakan dan memuatnaik poster berkaitan inovasi mengikut format yang ditetapkan.
6.3     Setiap kumpulan perlu mempamerkan dan membentangkan hasil inovasi secara bersemuka kepada dua orang juri/panel penilai yang dilantik oleh pihak IIICe2024 semasa sesi penilaian.
6.4     Setiap kumpulan juga perlu menyediakan dan mempamerkan poster/banting berkaitan inovasi yang dihasilkan. Cetakan poster bagi Kategori Professional, manakala cetakan banting bagi  kategori selain profesional.
6.5     Setiap hasil inovasi akan diberi penarafan emas, perak atau gangsa.

7. KAEDAH PENDAFTARAN AWAL

7.1     Tarikh akhir pendaftaran awal adalah pada atau sebelum 24 Jun 2024.
7.2     Pendaftaran awal boleh dibuat menggunakan pautan Google form di bawah atau melalui QR Code yang boleh diimbas pada poster dan laman web IIICe2024.

Pautan Pendaftaran Awal : https://bit.ly/IIICe24
7.3     Peserta dikehendaki memuat naik Abstrak penyertaan pada pautan pendaftaran tersebut. Format dan template boleh didapati dan dimuat turun dari laman web IIICe2024.

8. MAKLUMAN PENERIMAAN PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN PENYERTAAN

8.1     Makluman penerimaan penyertaan (Notification of Acceptance) akan diumumkan sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 Julai 2024 melalui emel.
8.2     Peserta dikehendaki melakukan pendaftaran seterusnya sekiranya berminat untuk menyertai pertandingan melalui pautan Google form yang diberikan dalam emel makluman tersebut. Tarikh akhir pendaftaran ini adalah pada atau sebelum 22 Julai 2024.
8.3     Peserta dikehendaki bersedia dengan keperluan di bawah dan memuat naik pada pautan pendaftaran tersebut:

        1. Abstrak 
        2. Abstrak Lanjutan – Pilihan sekiranya berminat untuk penerbitan dalam e-Proceedings berserta nombor e-ISBN. Penerbitan Abstrak Lanjutan dalam e-Proceedings adalah dalam Bahasa Inggeris dan terhad kepada penerbitan terbaik yang akan dipilih oleh Sekretariat IIICe2024. 
          Penerbitan e-prosiding secara Edisi Khas bawah Journal Multidiscipline Applied Research and Innovation (MARI) dengan e-ISBN.
          Setiap kumpulan yang ingin menghantar manuskrip (abstrak lanjutan) akan dikenakan kos tambahan sebanyak RM70 dan ditanggung oleh penulis.
          Abstrak Lanjutan juga akan dipaparkan secara atas talian melalui laman web IIICe2024.
        3. Dokumen sokongan (sekiranya ada dan berkeperluan) seperti seperti Hak Cipta, Paten, IP, Pengkomersilan, Surat Niat, Artikel Akademik
        4. Poster 
        5. Bukti pembayaran yuran penyertaan

8.4     Abstrak, Abstrak Lanjutan (pilihan) dan poster perlu memenuhi format yang ditetapkan oleh penganjur. Format dan template boleh didapati dan dimuat turun dari laman web IIICe2024.

9. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENYERTAAN

9.1     Pembayaran yuran penyertaan adalah secara Online Banking seperti butiran di bawah:

Penerima       : UTHM COMMERCIAL SDN. BHD
No. akaun      : 0107-0000110-71-8
Bank               : Bank Muamalat Malaysia Berhad
Remarks         : IIICe2024-Project ID
                          Contoh: IIICe2024-M001
Swift Code      : BMMBMYKL
QR Kod           :
DuitNowUTHM

9.2     Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik ke pautan Google form yang diberikan dalam emel makluman penerimaan penyertaan.
9.3     Tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan adalah pada atau sebelum 22 Julai 2024.

10. PENGUMUMAN PEMENANG

10.1     Pemenang akan diumumkan secara langsung pada 5 Ogos 2024.

11. HADIAH

11.1     Sijil Anugerah disediakan bagi pertandingan ini dan akan dianugerahkan kepada semua projek berdasarkan pencapaian markah yang melayakkan mereka dalam tahap tersebut.
11.2     Untuk anugerah, setiap kumpulan/projek akan menerima hanya SATU sijil salinan cetak dan SATU pingat sahaja.
11.3     Pingat juga akan diberi kepada SATU pemenang bagi setiap sub-tema pertandingan.
11.4     Kumpulan yang berminat untuk pembelian pingat dan sijil perlu menempah daripada Urusetia di booth yang disediakan atau melalui pautan Google form di bawah:

Pautan Pembelian Pingat: https://bit.ly/AddMedal

12. SEWAAN RERUAI (BOOTH)
       
12.1     Peralatan yang disediakan ialah :
                   • Satu (1) meja
                   • Satu (1) kerusi
                   • Satu (1 pemegang bunting
                   • Satu (1) soket elektrik
       12.2     Peserta hendaklah membawa sendiri wayar sambungan.

13. PENGHAKIMAN

13.1     Keputusan hakim adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

  • Last updated on .
  • Hits: 11194